Wednesday, February 23, 2011

DIARI YG DITANAM???

Tiba-tiba teringat masa zaman-zaman belajar kt UPM dulu, masa tu tahun 1999, zaman dimana aku akan tuliskan apa juga luahan perasaan aku kt sebuah diari comel yg ada gambar budak perempuan dengan pakaian dan latarbelakang british cottage. Macam-macam cerita ada dalam diari tu, tak kisahlah apa juga perkara yg berlaku pada aku dulu, aku akan luahkan dalam diari tu.

Mmmm...mana la diari tu agaknya. Puas aku cuba ingat kt mana aku sorokkan diari tu dan apa yg aku ingat adalah aku tanam diari tu di suatu tempat yg aku akan korek semula selepas 10 tahun. Masalahnya dah 12 tahun berlalu dan aku masih tak ingat kt mana aku tanam diari tu.

Yg kelakarnya, aku tanam diari tu sebab mak aku suka sgt curi2 baca diari aku. Lepas tu dia akan gelakkan aku pasal cerita2 dlm diari tu. Tapi salah aku juga sebab sebelum kejadian tu aku terjumpa diari dia masa umur 16 tahun dan aku gelakkan dia bila aku tau cerita2 dalam diari mak aku tu...

Mmmm....punyalah aku nak sorok diari tu supaya org lain tak jumpa, last2 aku sendiri tak jumpa diari tu. Laki aku sendiri selalu kata, aku kalau bab2 sorok barang memang teror giler sebab tukang sorok barang sendiri tak tau kt mana dia sorok barang dia...hihihihi

0 comments: