Wednesday, February 23, 2011

DIARI YG DITANAM???

Tiba-tiba teringat masa zaman-zaman belajar kt UPM dulu, masa tu tahun 1999, zaman dimana aku akan tuliskan apa juga luahan perasaan aku kt sebuah diari comel yg ada gambar budak perempuan dengan pakaian dan latarbelakang british cottage. Macam-macam cerita ada dalam diari tu, tak kisahlah apa juga perkara yg berlaku pada aku dulu, aku akan luahkan dalam diari tu.

Mmmm...mana la diari tu agaknya. Puas aku cuba ingat kt mana aku sorokkan diari tu dan apa yg aku ingat adalah aku tanam diari tu di suatu tempat yg aku akan korek semula selepas 10 tahun. Masalahnya dah 12 tahun berlalu dan aku masih tak ingat kt mana aku tanam diari tu.

Yg kelakarnya, aku tanam diari tu sebab mak aku suka sgt curi2 baca diari aku. Lepas tu dia akan gelakkan aku pasal cerita2 dlm diari tu. Tapi salah aku juga sebab sebelum kejadian tu aku terjumpa diari dia masa umur 16 tahun dan aku gelakkan dia bila aku tau cerita2 dalam diari mak aku tu...

Mmmm....punyalah aku nak sorok diari tu supaya org lain tak jumpa, last2 aku sendiri tak jumpa diari tu. Laki aku sendiri selalu kata, aku kalau bab2 sorok barang memang teror giler sebab tukang sorok barang sendiri tak tau kt mana dia sorok barang dia...hihihihi

Monday, December 27, 2010

ADA VS TIADA

Dahulu aku selalu tertanya-tanya, mengapa jantungku tidak pernah berdegup kencang apabila aku memandangnya, menyentuhnya mahupun ketika aku mendakapnya.

Mengapa baru kini kusedari setelah sekian lama aku tertanya-tanya kepada persoalan yang sama. Walaupun jantungku tidak berdegup kencang, namun hatiku merasa tenang apabila melihatnya, menyentuhnya apatah lagi ketika aku mendakapnya.

Betapa kita sebagai manusia, jarang sekali mahu memikirkan apa yang kita ada, tetapi sering sahaja memikirkan apa yang tiada!

MASALAH & KEHIDUPAN

Masalah akan selalu datang, sama ada diduga ataupun tidak. Kalaupun kita tidak mencari masalah, masalah akan datang mencari kita. Kadang kala kita cuba untuk lari dari masalah tetapi masalah seakan tetap dapat menghidu kemanakah hilangnya kita. Masalah bukan untuk ditangisi, bukan juga untuk kita hindari, tetapi untuk kita tatapi dan kita perhalusi satu persatu.

Apabila kita berjaya menyelesaikan satu permasalahan, kita sering melonjak kegembiraan dan seakan terlupa akan kepedihan masalah itu sebelumnya. Segalanya akan terasa indah dan bahagia namun selalunya itu cuma seketika. Apabila kebahagiaan berjaya diraih, satu-persatu masalah timbul dikemudian harinya. Kita mula tertanya-tanya, kemanakah perginya kebahagiaan semalam?

Kita mula mempersoalkan apakah ini kehidupan?

Thursday, October 29, 2009

HOBI BARU! (part 1)

1. rasanya cam tebal giler abuk blog aku nih

2. nak wat camana...busy je manjang

3. rupa2nya ramai gak yang tanya2 kat aku asal dah lama tak update blog...especially bebudak ex-student aku yang sibuk nak tau perkembangan aku kehkehkeh...

4. biasalah aku skrg...sibuk dengan menyiapkan kerja2 research aku...almaklumlah skrg aku ni student yang kena mengikut arahan hahaha...(dulu aku yang mengarah student ye...hihihi)

5. aku baru je lepas tempoh2 kesengsaraan...kiranya tgh rilek sket la skrg...tapi lepas ni keje keras la balik

6. apa2 pun aku taknak citer pasal keje aku...aku nak citer pasal hobi baru aku...main kapal layar...sampai itam lagi kulit aku yang dah sedia gelap ni sbb berjemur

7. suspens je suma orang dengar kan? hahaha cam kaya raya la main kapal layar...aku main remote control yacht je lah kuangkuangkuang...

8. aku baru je start main ni...syok giler wa cakap luuuuu...memang sesuai betol main benda ni kalau tgh tensen giler yang rasa cam nak meletop tu...rasa relax giler...

9. ok lah untuk setakat ni...kot ada sesiapa yang berminat nak tau...nanti aku citerkan lagi dalam part 2 ok...adios!

Thursday, July 16, 2009

LAMA GILER TAK UPDATE...

A'slm...

1. punyalah lama aku tak update, sampai dah berabuk giler dah blog aku nih

2. aper2 pun sorry la korang...aku busy gler, nak baca blog korang pun tak sempat langsung

3. aku baru je selesai 1st stage of my research lab...lab water quality, ALHAMDULILLAH

4. stage 2 akan menyusul lepas ni, btw aku lom abis lagi key-in, calculate & analyse data2 yang aku dapat masa lab aritu...hehehe penat gler ah wat lab aritu...aku tercongok siang malam kat lab sebab semua testing kena rushing, takleh simpan sample air sungai lama2

5. aku takde mood la nak citer benda lain...yer r, keje aku banyak terbengkalai lagi ni

6. lagi banyak keje aku skrg ni lagi banyak pulak problem2 luar yang mengganggu, tu yang tak sesempat aku nak wat benda lain

7. aper2 pun doakan aku berjaya mengatasi semua masalah k...adios!

Thursday, June 4, 2009

BUSY FOR LAB SCHEDULING

1. kepala otak tengah serabut giler nih...kena scheduling aku nyer lab, dah la aku kena buat tiga jenis lab; lab water quality, lab remote sensing, lab GIS

2. maut dah rasa nih...hahaha belom lagi start lab ni...

3. lepas ni aku akan berumah tangga kat lab je lah jawabnya, byk testing yg kena settlekan within 24 hours....waaaaaaaaa

4. alhamdullillah, urusan scheduling dah settle tadi, sebabnya aku kena amik sample serentak dgn satellite image capturing, dan mulakan testing di lab...semua nak kena atur pada hari yang sama

5. what a busy months ahead! tak tau lagilah sempat ke tak aku nak update citer aku kat sini, berbulan2 gak baru settle lab aku ni nanti...tertangguh lagi la citer aku nampaknya nih...

6. dalam pada tgh busy giler tu, sempat lagi aku g australia bulan ni, tapi seminggu je...rezeki aku tahun ni rezeki berjalan pulak...alhamdullillah...nampaknya banyak la collection citer traveling aku tahun ni hihihi

7. balik je dari australia, aku akan start buat lab aku berturut2, selama beberapa bulan.....pikir2 balik bagus gak berjalan dulu sebelum buat keje teruk...mana tau dapat inspirasi best nyer pasal thesis aku ni kan?

8. semester baru lom start lagi, aku dah start dulu dah bulan ni...nak kena kejar sebab taknak clash lab dgn bebudak lain lak. kebetulan skrg lab tgh kosong sbb cuti kan

8. semoga aku berjaya menyiapkan kerja2 thesis aku dengan jayanya...AMINNNN

Tuesday, May 26, 2009

CERITA UMRAH (PART 1)

1. 27 APRIL 2009...hatiku yang berdebar2 dah semakin memuncak...mana taknya, ni lah pengalaman aku yang pertama nak meninggalkan Malaysia ni...seumur hidup aku, tak pernah lagi aku keluar dari Malaysia melainkan hari ini. Syukurku yang tak terhingga kerana aku diizinkan jua olehNYA untuk ke sana. Namun hatiku sentiasa terdetik risau dan bimbang, bagaimana keadaanku di sana kelak?



2. Lebih kurang jam 9.00am, kami bertolak menaiki airport limo dari rumah, sedih sangat sebab anak2 dah ditinggalkan dgn mak aku kat Melaka sehari sebelum itu. Ayah dan atok aku pula akan datang terus dari Melaka ke KLIA pagi itu juga untuk mengiring kami sebelum berlepas, adik2 aku pun tak dapat datang sebab masing2 sibuk dgn exam. Mak aku pun tak dtg sebab takut kang anak2 aku terlompat2 taknak balik kalau tgk aku pegi...



3. Kami berlepas ke Jeddah pada jam 3.10pm. Aku rasa risau sangat sampai aku tak rasa lapar langsung padahal dari pagi aku makan sikit sangat. Cuma banyak minum air je, sampai ramai tegur aku kenapa taknak makan. Entahla...aku dari dulu lagi memang macam tu, kalau aku risau sangat memang aku tak lalu makan. Memangla ramai yang menegur sebab kan semua org tau aku ni memang kuat makan. Dalam pada risau2 tu, sempat jugalah bergambar sebelum nak naik pesawat tu...itu pun sebab ayah mertua yg amikkan. Kalau ikutkan aku yg tgh seriau tu, takde gambar ler jawabnya...


4. Punyalah risau sampai aku kat dalam flight pun tak nak bercakap...punyalah selama ni mulut aku ni macam takleh berenti bila bercakap, alih2 je jadi mcm tu...nak layan lagu pun tak selera, last2 layan org ngaji baru rasa tenteram...baru ler aku ada selera nak makan (pengajaran untuk aku: tak reti2 ke nak pegi buat umrah tu, boleh lagi nak layan lagu?)



5. Akhirnya tibalah kami di airport Jeddah jam 5.00pm waktu di Jeddah...terus je kami pegi ke imigresen selepas menaiki bas transit dari pesawat tadi...sangat ramai org dan lambat...macam2 adegan aku saksikan kat situ. Semuanya menuntut kesabaran. Hanya selepas waktu Maghrib baru urusan disitu selesai.


6. Selepas itu kami menyerahkan pasport kami pada wakil TH di situ dan terus menaiki bas untuk menuju ke Madinah. Di dalam bas itu kami diperkenalkan dgn mutawwif yg akan mengiringi kami sepanjang melaksanakan umrah dan ziarah. Makanan dan minuman disediakan dalam bas tersebut.


7. 28 APRIL 2009...Jam 2.30am...dipertengahan jalan, bas berhenti utk solat dan makan. Disebabkan rasa sejuk, kami beli teh panas di kedai kat situ. Terperanjat aku bila org2 kat situ pandai cakap BM, aku sikit punya la study arab sket2, rupanya2 diorg pun pandai ckp BM...hehehe


8. Kami tiba di hotel kami di Madinah ketika waktu azan Subuh berkumandang dari Masjid Nabawi. Hotel Movenpick yg kami duduk kat situ sangat dekat dgn masjid. Selepas Subuh, kami makan di cafe hotel tersebut. Makanan kat situ boleh tahan sedap juga, walaupun masakan ala arab yang aku tak pernah makan sebelum ni, tapi aku boleh bedal semacam gak, kira ok lah tu...family belah laki aku semuanya usik aku sebab dari semalam tak lalu makan, tetiba je kat situ boleh bedal semacam lak. Bila laki aku tetiba terkeluar citer yang aku ni ada darah Afghan dari belah atok aku and sebab tu kot yang aku boleh bedal masakan mcm tu, semua terkedu...laaa diorg tak tau lagi rupanya...


9. Selepas makan, kami di bawa oleh wakil TH untuk ke Masjid Nabawi bagi melawat Makam Rasulullah S.A.W. dan dua sahabatnya, dan juga Perkuburan Al Baqi'. Kami hanya dibawa di luar kawasan tersebut sahaja. Kami diberitahu yang perempuan tidak lagi dibenarkan melawat makam2 tersebut secara dekat. Sedih sangat rasanya, aku teringin nak tgk dari dekat, tapi apakan daya...


10. Untuk pengetahuan, kami menggunakan simcard yg dibeli disana iaitu Mobily, lebih murah kalau guna simcard sana instead of guna roaming. Calling ke M'sia cuma SR0.55/minit dan sms cuma SR0.50/sms. Harga satu simcard SR75, ada SR75 kredit dalam tu, pastu kebetulan masa tu ada offer, dapat free kredit tambahan SR75 lagi...mmm


11. Seterusnya adalah aktiviti sendiri, maka pada kebiasaannya ramai yang menghabiskan masa di masjid dan selepas itu bershopping...maklumlah otw nak balik ke bilik hotel tu banyak je tempat2 utk bershopping...dalam pada aku tak suka shopping tu, tergerak gak hati aku nak beli minyak wangi 12 botol...aku pun pelik...aku nak beli buat aper byk2 tu? Aku pun tak tau masa tu...pastu aku beli dua pasang jubah hitam yg org panggil abaya kot kat situ. Dah la sama jenis dua2 tu...harga lepas tawar menawar SR40 sepasang...tu je la benda yg aku beli sepanjang di Madinah.


nantikan episod seterusnya...